Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan tak anjur rumah terbuka Raya, kurang lawatan luar negara

today11 March 2026

Background


ANWAR IBRAHIM
PM Anwar Ibrahim berkata, langkah ini diambil untuk berhemah dalam perbelanjaan berikutan kemungkinan kesan daripada konflik di Timur Tengah.
PETALING JAYA:

Kerajaan tidak akan mengadakan sebarang majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri, selain mengurangkan kekerapan lawatan ke luar negara sebagai langkah penjimatan, mengambil kira impak ekonomi akibat konflik di Timur Tengah.

Pada sidang media, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) turut diarahkan untuk tidak menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Tambahnya, ini sekadar langkah berjaga-jaga untuk berhemah dalam perbelanjaan berikutan kemungkinan kesan daripada konflik tersebut.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

FAM wajar terima semula KAFA, PFA

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail, menyeru agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuka lembaran baharu dengan menerima semula dua persatuan yang digantung dan dipecat sebelum ini, iaitu Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

today11 March 2026