
Kerajaan tidak bercadang untuk menggabungkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kastam bagi mewujudkan agensi percukaian tunggal, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perdana menteri berkata kerajaan akan terus melaksanakan penambahbaikan tadbir urus melalui sistem kutipan hasil cukai negara di bawah LHDN dan kastam seperti perkongsian maklumat dan penguatkuasaan bersama supaya ianya lebih cekap dan mapan dalam menangani ketirisan hasil.
“Di samping itu, bagi turut menambah baik model percukaian negara, Kementerian Kewangan (MoF) sentiasa bekerjasama dengan badan antarabangsa seperti Kumpulan Bank Dunia serta libat urus dengan pakar percukaian tempatan untuk mendapatkan cadangan penambahbaikan dasar sistem cukai negara dari semasa ke semasa,” katanya, dalam jawapan bertulis…