Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan tak berhasrat teliti semula anggota jawatankuasa khas kompetensi DUN

today29 February 2024

Background


Bekas ketua hakim negara Zaki Azmi mengetuai Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan tidak berhasrat untuk meneliti semula keanggotaan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Menjawab pertanyaan dari Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata individu yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa itu dalam kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang undang-undang sivil, syariah, dan Perlembagaan.

“Jawatankuasa khas boleh menjemput individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu dari semasa ke semasa mengikut keperluan, untuk memberikan pandangan terhadap isu yang dibincangkan di peringkat jawatankuasa khas bagi memastikan setiap kajian yang dibuat lebih menyeluruh dan mengambil…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post

Sukan

Galven bermula langkah kanan

Kuala Lumpur: Pemain golf profesional negara, Galven Green bermula langkah kanan dalam kempen Jelajah Toyota musim ini selepas merangkul Trofi Tun Ahmad Sarji di Saujana Golf and Country Club, hari ini.

today29 February 2024