
KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada hasrat menubuhkan sebuah syarikat untuk memonopoli unsur nadir bumi (REE), seperti mana dilakukan dalam industri minyak dan gas melalui Petronas, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menteri sumber asli dan alam sekitar itu berkata demikian ketika menjawab cadangan daripada beberapa Ahli Parlimen.
“Itu tidak timbul sebab kita mahu menggunakan Akta Pembangunan Mineral dan juga Perlembagaan sedia ada.
“Apa-apa pun kita akan melalui Akta Pembangunan Mineral untuk kita tambah baik tapi kita tak berhasrat untuk membuat satu syarikat monopoli dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat pada sesi penggulungan Belanjawan 2025 peringkat dasar bagi kementeriannya.
Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata hala tuju REE yang melihat kepada keseluruhan rantaian di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis…