Hot FM

Kerajaan tak naik kos rawatan hemodialisis sejak 2016, kata Dzulkefly


Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, berkata penularan mesej tidak tepat dan tidak bertanggungjawab harus dihentikan. (Gambar Facebook Dzulkefly Ahmad)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menaikkan kos rawatan hemodialisis di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), seperti dakwaan tular di media sosial.

Menerusi catatan dimuat naik di Facebook, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan bayaran RM13 untuk satu sesi, atau lazimnya RM169 sebulan bagi perkhidmatan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu, adalah bayaran sama sejak 2016.

Selain itu, katanya perkhidmatan asas di fasiliti KKM juga kekal RM1, manakala perkhidmatan pakar ialah RM5.

“Telah tular kembali mesej berantai lama yang mendakwa bahawa Malaysia kini menuju ke arah ‘khidmat kesihatan berbayar’. Adalah ditegaskan bahawa kerajaan Malaysia terutamanya di bawah pentadbiran Malaysia Madani telah berulang kali menegaskan iltizam mengekalkan akses terbuka kepada perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version