
PETALING JAYA: Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan untuk memperkasakan masyarakat India membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan mengambil pendekatan untuk membantu setiap segmen masyarakat tanpa mengetepikan mana-mana golongan.
“Kita ambil pendekatan untuk membantu (Bumiputera) tetapi ini tidak bermakna zero-sum game, tolong Melayu maknanya kita pinggirkan (golongan lain), tidak.
“Sebab itu saya tegaskan dengan masyarakat India janganlah marah atau cemburu tentang program Bumiputera. Tanya apa yang perlu kita lakukan, kewarganegaraan orang yang berhak, yang ketinggalan, 50, 60 tahun dulu lahir di Malaysia tak dapat (kewarganegaraan).
“Itu kita selesaikan dan ini kali pertama yang selesai…