
Pertikaian undang-undang antara guru Farah Masyitah Nordin dengan kerajaan akhirnya berakhir selepas Jabatan Peguam Negara menarik balik usaha membawa kes pemecatannya ke Mahkamah Persekutuan.
Jabatan itu baru-baru ini memfailkan notis pemberhentian di mahkamah tertinggi itu, sekali gus menamatkan permohonannya untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan sebelum ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kerajaan bertindak terlalu lewat apabila memecat Masyitah daripada perkhidmatan perguruan.
“Ini satu kelegaan besar buat Farah,” kata peguamnya, Ernest Balasingam, kepada FMT.
Pada Januari lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Masyitah.
Mahkamah memutuskan pihak berkuasa tidak boleh bergantung kepada salah laku yang secara tidak…