Dalam pada itu, inisiatif itu sejajar dengan matlamat Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan bilangan kenderaan lama di jalan raya.
“Tiada had ditetapkan bagi insentif berkenaan kerana ia berdasarkan konsep satu lawan satu. Jika pemilik mempunyai lima kenderaan lama, mereka juga layak membeli lima kenderaan baharu menerusi program ini.
“Malah, pengecualian cukai jalan turut diberikan tanpa had, walaupun melibatkankenderaan dengan kadar cukai lebih tinggi, asalkan ia dibuat di bawah program pertukaran ini,” katanya.
Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar, berkata syarikat memperuntukkan sebanyak RM4.8 juta dan menawarkan sokongan dagangan lebihan bernilai RM2,000 bagi setiap pendaftaran kenderaan PROTON baharu, termasuk model kereta elektrik (EV), Proton e.MAS 7.
“Program ini bertujuan untuk menggalakkan pemilik kereta lama yang dianggap tidak lagi selamat digunakan di jalan raya untuk menukarnya dengan model baharu PROTON.
“Program ini akan dijalankan oleh Car…
