
Kerajaan sedang meneliti cadangan baharu bagi menyiapkan projek Lebuhraya MEX II yang tertangguh sekian lama, menurut Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata, Unit Kerjasama Awam Swasta di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menerima cadangan baharu daripada penerima dan pengurus pada Disember tahun lepas untuk meneruskan menyiapkan pembinaan MEX II.
Katanya, kerajaan sedang meneliti cadangan itu sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan keputusan.
Bagaimanapun, katanya, projek itu belum boleh diteruskan kerana masih terdapat beberapa isu yang belum dimuktamadkan.
“Isu berkenaan penyiapan baki keseluruhan projek (lebuh raya tersebut) masih belum dapat dilaksanakan memandangkan perkara-perkara berkaitan aliran tunai, kos pembiayaan, analisis…