Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan, masa depan rakyat

today10 January 2026

Background


anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata hasil usaha keras kerajaan sejak tiga tahun lalu, pasaran buruh di pelbagai sektor kekal stabil, didukung kedudukan ekonomi semakin menggalakkan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Kerajaan akan terus bekerja keras bagi memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peluang pekerjaan lebih baik, pendapatan bermaruah dan masa depan lebih terjamin untuk rakyat, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kadar pengangguran negara pada akhir tahun lalu menurun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun ini.

“Pasaran buruh di pelbagai sektor pula kekal stabil, didukung kedudukan ekonomi semakin menggalakkan.

“Ini hasil usaha keras kerajaan Madani membina dan mengukuhkan semula asas negara sejak tiga tahun lalu,” katanya dalam catatan di Facebook.

Kadar pengangguran negara pada November 2025 dilaporkan mencatat penurunan ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun pada 2.9%.

Sebelum ini, Ketua Perangkawan, Uzir Mahidin dalam kenyataan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post