Hot FM

Kerajaan tiada hasrat teruskan projek saluran gas Sabah, kata Rafizi


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) tiada lagi dalam perancangan kerajaan persekutuan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan tidak berhasrat meneruskan projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) selepas ia dibatalkan pada 2018.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata kerajaan juga telah bersetuju menyerahkan kuasa kawal selia pembekalan gas kepada kerajaan Sabah, berkuat kuasa 10 Jan 2023.

“Kerajaan pada 5 Sept 2018 telah memutuskan untuk membatalkan projek TSGP, selaras dengan keputusan tersebut, bekalan gas asli domestik dari luar pesisir pantai Sabah yang diperuntukkan kepada projek TSGP telah diagihkan semula bagi memenuhi permintaan sektor strategik lain seperti elektrik, perindustrian, dan petrokimia.

“Kerajaan persekutuan telah bersetuju menyerahkan kuasa kawal selia pembekalan gas kepada kerajaan Sabah berkuat kuasa 10 Jan 2023. Seterusnya, kuasa kawal selia pembekalan elektrik juga telah diserahkan kepada kerajaan negeri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version