Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan tingkat geran, subsidi tenaga boleh baharu, kata PM

today15 September 2022

Background



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata Dasar Tenaga Negara (DTN) akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai komitmen kerajaan untuk peralihan tenaga bagi mengurangkan pembebasan karbon (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula semua dasar berkaitan sektor tenaga termasuk manfaat Akses Pihak Ketiga (TPA) terhadap infrastruktur grid dan pada masa sama meningkatkan geran promosi dan subsidi sedia ada untuk pengkomersialan dan penggunaan tenaga boleh baharu bersama teknologi berkaitan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail turut menegaskan bahawa pembangunan sumber tenaga hijau harus dijadikan keutamaan dan bukan lagi sebagai satu pilihan dalam setiap perancangan dasar kerajaan pada masa akan datang.

“Dalam aspek tenaga boleh baharu pula, kerajaan akan bekerjasama dengan semua pihak terlibat untuk menyelesaikan cabaran teknikal dan kos bagi memajukan industri ini,” katanya ketika melancarkan entiti milik penuh Petroliam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post