Program akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia, milik penuh Risda, kata Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Kerajaan akan mewujudkan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) khusus untuk wanita, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Katanya, program berkenaan, yang disarankan oleh Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad, akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia milik penuh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
“Saya telah uruskan pengambilan seramai 15,000 wanita untuk masuk dalam TVET khas wanita ini,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini,…