Site icon Hot FM

Kerajaan yakin harga ayam tak naik mendadak susulan pengapungan harga, kata Mat Sabu


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata pengeluar turut memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya supaya bekalan ayam mencukupi apabila berlakunya pengapungan harga.

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin pelaksanaan pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan secara mendadak terhadap harga makanan keperluan rakyat itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata ini kerana kedudukan dan pengeluaran ayam di negara ini masih mencukupi pada ketika ini.

“Harga siling ayam adalah RM9.40, harga ayam yang ada di pasaran sekarang ini berada di bawah harga siling. Jadi kita harap dengan pengapungan ini harga ayam tidak melepasi harga siling.

Ini juga (berdasarkan) tinjauan kita di pasaran dan pengeluar juga memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya supaya bekalan ayam mencukupi bila berlaku pengapungan harga nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Naratif Khas terbitan RTM dengan topik “Pasca Belanjawan 2024: Tamat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version