
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yakin Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus memberi komitmen menyiapkan secepat mungkin projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dengan kualiti ditetapkan serta peruntukan yang sudah diluluskan.
Beliau berkata projek itu menjadi harapan rakyat di Sabah dan Sarawak kerana ia merupakan pembawa perubahan yang bukan sahaja memudahkan perjalanan tetapi dapat memberi keselesaan, keselamatan dan lebih penting mengembangkan ekonomi rakyat serta kedua-dua negeri berkenaan.
“Jangkaan saya kalau di Sarawak, keseluruhan Fasa 1 akan siap pada 2025 kecuali Miri dan kemudian kita buka lagi untuk fasa yang menyambung dan melintasi Brunei.
“Itu saya jangka mengambil masa lima tahun lagi bila proses tender siap dan sebagainya,” katanya ketika menjadi tetamu…