
KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik berbanding 2024, dipacu oleh antaranya peningkatan eksport produk berteknologi tinggi.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz berkata penurunan eksport berteknologi tinggi negara, yang mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam senarai itu merupakan situasi jangka pendek dan skor tersebut dijangka meningkat bagi ranking 2025.
Katanya, ia susulan terdapat banyak pelaburan baharu daripada syarikat elektrik dan elektronik (E&E) sedia ada di Malaysia serta syarikat multinasional tahun ini.
“Semua (pelaburan) ini akan mula memberi kesan dalam (tempoh) 12 hingga 18 bulan akan datang dan akan menaikkan semula kedudukan kita,” katanya dalam hantaran di laman…