
KULIM: Bekas ahli PKR, Azman Nasrudin kini lebih tenang selepas lebih lima minggu berkempen sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya Padang Serai.
Bekas guru Bahasa Melayu selama 18 tahun dan kini Exco Kedah untuk hal ehwal India berkata, beliau boleh menarik nafas lega menjelang hari pengundian esok disebabkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Azman mendakwa keputusan Anwar melantik Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan beberapa “watak yang boleh dipertikaikan” dalam Jemaah Menterinya menyebabkan Pakatan Harapan (PH) ditolak pengundi.
Katanya, ketika meraih undi di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno, beliau mendapati pengundi marah dengan pelantikan Zahid yang berdepan 47 pertuduhan rasuah di mahkamah.
“Mereka kecewa dengan barisan Jemaah Menteri Anwar, termasuk Zahid dan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)…