Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kerana Lagu Gatal, Diana Daniele ‘Backup’ Janna Nick.. – “Tak Mudah Buat Lagu Viral Sampai Luar Negara!”

today11 June 2022

Background

Siapa sangka pelakon jelita terkenal, Diana Danielle yang berkecimpung dalam industri seni sebagai aktres mampu berduet dengan penyanyi antarabangsa, Calum Scott menerusi lagu berjudul ‘Heaven’.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Diana yang memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya telah meraih perhatian netizen yang kagum melihat pencapaian pelakon berkaliber itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Namun begitu, ada dalam kalangan netizen yang seakan membandingkan Diana dengan penyanyi dan pengacara sensasi terkenal, Janna Nick akibat mengeluarkan lagu yang dianggap tidak mencapai ‘standard’ seorang selebriti.

“Yang macam ni lah nak, bukannya gatal gatal gatal,” tulis netizen itu.

Tidak cepat melatah, isteri kepada pelakon Farid Kamil tampil menjawab komen tersebut dalam keadaan santai dengan berkata dia berbangga dengan pencapian Janna.

Malah, Diana turut mengakui tidak senang untuk mengeluarkan lagu yang berkonsep ‘catchy’ sehingga mampu tular di serata dunia.

Dalam pada itu, ramai rakan selebriti yang membanjiri komen tersebut di mana mereka turut meluahkan rasa bangga terhadap aktres jelita itu.

Artikel Berkaitan: “Saya Akan Ulang Lagu Berkali & Menangis Kerana…” – Diana Danielle Teruja Kolaborasi Dengan Calum Scott

Written by: Salma


Previous post