
PETALING JAYA: Seorang kerani akaun rugi RM445,050 setelah terpedaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak sebuah platform jual beli barang dalam talian dan polis.
Ketua Polis Hilir Perak Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada mangsa, seorang wanita tempatan berusia 45 tahun.
Menurut siasatan awal, mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada pihak platform itu pada 24 Julai lepas, ketika berada di tempat kerjanya di Hutan Melintang, Bagan Datuk.
Suspek yang menghubunginya mendakwa mangsa menjalankan perniagaan barangan kecantikan tanpa lesen di platform tersebut, namun perkara itu dinafikan mangsa.
Suspek kemudian meminta mangsa membuat laporan polis secara dalam talian dengan menyambungkan talian telefon kepada suspek…