Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Kereta Axia Ke Mulu, Sarawak Naik Perahu Cetus Tanda Tanya Warganet

today2 January 2025

Background


Menerusi video di akaun TikTok @a.reraofficial, kelihatan kereta Perodua Axia itu telah diletakkan di bahagian depan perahu bersama dengan barangan yang lain.

Disebabkan ia telah menjadi tular sehingga menyebabkan pertanyaan orang ramai tentang bagaimana kereta itu diletakkan, wanita berkenaan berkongsi sebuah lagi video memaparkan kereta itu diangkat oleh kren.

Menurutnya, kos penghantaran tersebut adalah sekitar RM5,000 dan bergantung kepada saiz kenderaan juga muatan.

“Perjalanan mengangkat dan membawa kereta balik ke kampung mengambil masa lebih kurang 6 jam dari jeti Marudi ke Mulu Sarawak.

“Axia ni telah berkhidmat selama 7 tahun bersama saya d kuching, habissss bayarrr sudahhh. Hehe. Sekarang berkhidmat untuk orang tua saya pula di kampung. Mulu ini tempat pelancongan. Mulu world heritage. Keluarga kami ada membuat khidmat mengangkut barang-barang berat macam kenderaan dan sebagainya,” tulisnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post