Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kereta terbabas ke dalam sungai, lelaki ditemukan maut

today17 February 2026

Background


Man dies after car plunges into river
Mayat mangsa ditemukan pada 6.15 petang sebelum operasi ditamatkan pada 6.40 petang. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:

Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas ke dalam sungai berhampiran Sekolah Dato’ Abdul Razak, Sungai Gadut hari ini.

Ketua Polis Seremban Azahar Abdul Rahim berkata, mangsa berusia 25 tahun itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Katanya, keluarga mangsa cuba menjejaki lokasi terakhirnya melalui Sistem Pengesanan Global (GPS) pada Toyota Yaris yang dipandunya, selepas dia tidak pulang ke rumah sejak awal pagi tadi.

“Hasil semakan mendapati lokasi terakhir kereta tersebut (adalah) berhampiran sungai berkenaan sebelum operasi pencarian dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Komander Operasi Kanan Zon 1 Seremban Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Coco bangkit di Dubai

Dubai: Coco Gauff bangkit daripada kekecewaan tersingkir awal di Doha minggu lalu dengan kemenangan selesa ke atas Anna Kalinskaya dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Tenis Dubai.

today17 February 2026