

Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka akan datang tidak semestinya menjamin peralihan undi secara menyeluruh dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan, walaupun di atas kertas ia dilihat memberi kelebihan kepada mereka.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari berkata, hal ini kerana penyokong kedua-dua gabungan tidak semestinya menerima kerjasama itu, selain faktor pengundi baharu yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya.
Beliau berkata, sebahagian pengundi PN sebelum ini memilih gabungan itu kerana tidak mahu mengundi BN, justeru kerjasama tersebut mungkin memberi kesan terhadap sokongan sedia ada.
“Sebagai contoh, berdasarkan rekod pada PRN Negeri Sembilan, kadar peralihan undi tertinggi yang pernah dicapai ialah 70% … ini menunjukkan masih ada baki 30% undi…