
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mengakui kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) umpama ‘pedang bermata dua’, susulan kritikan pemimpin MCA Johor berhubung kemerosotan pengaruh politik parti itu.
Bagaimanapun, Hassan berkata secara realitinya kedua-dua gabungan itu ketika ini saling memerlukan.
Ahli Parlimen PKR itu menyifatkan kerjasama PH-BN sebagai hubungan simbiotik yang saling bergantung, yang membawa kesan baik dan buruk kepada kedua-dua gabungan besar itu.
“Ada positif dan ada negatifnya kerjasama ini. Terkesan bukan sahaja BN tetapi juga kepada PH,” katanya kepada FMT, sambil memberi amaran kepada MCA bahawa keluar daripada BN umpama tindakan kamikaze secara politik.
BN yang diterajui Umno memainkan peranan penting dalam membolehkan…