

Kerjasama antara PT Belawan New Container Terminal (BNCT), Mutiara Perlis Sdn Bhd dan Penang Port Sdn Bhd akan memperkukuh sektor logistik serta perdagangan serantau.
Dalam kenyataan hari ini, Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Pulau Pinang berkata, BNCT akan berperanan sebagai gerbang utama di Sumatera bagi memperkukuh pengedaran barangan di pasaran serantau manakala Penang Port bertindak sebagai hab pemindahan kapal dan Perlis Inland Port sebagai penghubung logistik darat ke negara Asia Tenggara serta Asia Timur.
Memorandum kerjasama antara tiga pihak itu ditandatangani hari ini sempena perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin – Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
KJRI Pulau Pinang memaklumkan, sinergi antara tiga pihak itu diharap dapat…