
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata Barisan Nasional (BN) sukar bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, kerjasama mungkin tidak akan berlaku walaupun ramai “rakyat Malaysia berpandangan sederhana” lebih menyukai hubungan itu, berbanding kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pemimpin Umno yang enggan dinamakan itu, berkata pentadbiran kerajaan PH-BN dilihat lebih sederhana, jika dibandingkan dengan PN yang didominasikan oleh PAS dan Bersatu.
“Apabila keputusan diketahui, saya menerima banyak mesej, rakyat mahu BN bekerjasama dengan PH, tapi saya sukar melihat bagaimana ia boleh berlaku.”
“Blok Borneo tidak akan bekerjasama dengan DAP, termasuk juga Umno, timbul kesulitan untuk bersama dengan DAP. Orang Melayu tidak…