
PETALING JAYA: Kerjasama Muafakat Nasional (MN) dengan PAS merupakan satu “perkahwinan politik”, kata seorang pemimpin Umno.
Beliau yang enggan namanya didedahkan berkata, hakikatnya PAS sudah bersama PKR, DAP dan Bersatu, namun kerana ingin bertahan dalam iklim politik semasa, parti itu pasti mahu menyertai Umno.
“Tetapi dengan iklim politik semasa, saya rasa PAS pasti mahu menyertai Umno untuk kelangsungannya,” katanya kepada FMT.
Sumber itu berkata, bagaimanapun sebarang perbincangan dengan PAS hanya akan diadakan selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor pada 12 Mac.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, bahawa parti itu tidak pernah menutup pintu untuk bekerjasama dengan Umno walaupun terdapat perbezaan pendapat.
Sumber itu bagaimanapun mengecilkan komen…