
PETALING JAYA: LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami masalah teknikal yang menyebabkan tren terpaksa berhenti untuk tempoh lebih lama di beberapa stesen, kata RapidKL hari ini.
“Tren berhenti lebih lama antara stesen Damai dan Setiawangsa kerana suis tidak berfungsi,” katanya di Twitter.
“Untuk sebarang bantuan, penumpang boleh merujuk kepada kakitangan RapidKL atau polis bantuan.”
“Kerja baik pulih suis selesai dijalankan. Kekerapan tren sedang diselaraskan dan jadual perjalanan akan kembali normal sebentar lagi. Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.
Ini adalah kali kedua dalam tempoh kurang dua minggu laluan Kelana Jaya mengalami kerosakan suis.
Pada 5 Jan, kerosakan suis menyebabkan tren berhenti untuk tempoh lebih lama antara stesen Universiti dan KL Sentral menuju ke Gombak.
Bulan lalu,…