Hot FM

Kertas siasatan 3 tokoh PAS diserah kepada pendakwa


Kertas siasatan membabitkan 3 tokoh PAS – Hadi Awang, Siti Mastura Muhammad dan Fawwaz Jan – telah diserahkan kepada pendakwa untuk tindakan lanjut, kata menteri dalam negeri.

PETALING JAYA: Kertas siasatan terhadap tiga Ahli Parlimen PAS, termasuk Hadi Awang, telah dirujuk kepada pendakwa.

Siasatan tersebut membabitkan dakwaan Hadi bahawa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera ialah punca rasuah, dan kenyataan didakwa menghasut yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Jan terhadap golongan bukan Islam.

Satu lagi kertas siasatan melibatkan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang mendakwa Pengerusi DAP Lim Guan Eng, bapanya Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempunyai kaitan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng serta bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan terhadap Hadi, Ahli Parlimen Marang, telah dirujuk kepada Jabatan Peguam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version