Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kertas siasatan dakwaan serangan babit kerabat diraja dirujuk pejabat DPP

today20 September 2024

Background


Yahaya Othman
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata pihaknya sedang menunggu arahan lanjut Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang kuda di sini Jun lepas dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya (DPP).

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang menunggu arahan lanjut pihak berkenaan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebelum ini bertitah, tiada siapa pun mengatasi undang-undang, termasuk kerabat diraja dan baginda mahu siasatan itu dilakukan segera, telus, adil serta tegas tanpa kompromi mana-mana pihak.

Pada 5 Sept lalu, media melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan mendakwa diserang sekumpulan individu, termasuk seorang kerabat diraja Pahang menyebabkannya cedera di paha, luka di kaki serta menerima beberapa jahitan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

TFC kempunan khidmat Bonilla dalam aksi ACC

Kuala Nerus: Impian peminat skuad Penyu untuk melihat penyerang import baharu, Nelson Bonilla beraksi pada saingan Kejohanan Kelab Asean (ACC) tidak kesampaian selepas rayuan untuk mendaftarkan pemain kelahiran El-Sarvador itu tidak berjaya.

today20 September 2024