
PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew sudah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan.
“Kita sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara dan sedikit masa lagi akan mendapat keputusan arahan selanjutnya berkaitan kes itu.
“Bagaimanapun, kita juga meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya tampil membantu siasatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Jalil berkata, pendakwah terbabit juga difahamkan berada di luar negara melakukan kerja amal dan tiada keperluan untuk menahannya kerana notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) tidak dikeluarkan terhadapnya.
“Buat masa ini, biarlah dia melakukan…