Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kertas siasatan Hadi diserah pada Pejabat Peguam Negara, kata menteri

today10 April 2023

Background


Menteri dalam negeri berkata tindakan lanjut terhadap presiden PAS akan diputuskan Pejabat Peguam Negara.

Abdul Hadi Awang disiasat kerana mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera punca gejala rasuah di Malaysia.

SHAH ALAM: Kertas siasatan terhadap Abdul Hadi Awang berkait kenyataan berunsur perkauman, didakwa dikeluarkan presiden PAS itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

“Biar proses siasatan itu berlaku dulu dan kemudian kertas siasatan seperti biasa akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Jadi setakat ini, saya tak mahu cakap lebih lanjut mengenai perincian kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas sesi “townhall” anjuran Sinar Harian.

Saifuddin juga enggan mendedahkan jumlah laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan Hadi itu.

“Saya cuma boleh mengesahkan bahawa ada sejumlah aduan yang dibuat terhadapnya, kemudian kertas siasatan telah dibuka…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou and Elill Easwaran


Previous post