
PETALING JAYA: Kertas siasatan perhimpunan berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di depan sebuah pusat beli-belah di ibu negara bulan lalu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Shuhaily Mohd Zain berkata, lapan suspek berusia 18 hingga 56 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman sehari tamat pada 30 Julai lalu.
“Kertas siasatan kes berkenaan sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro selepas Program KL Cops Urbanathon 2023 di IPK Kuala Lumpur.
Sebelum ini, media melaporkan lapan pengikut ajaran “The Ahmadi Religion of Peace and Light” berusia 18 hingga 56 tahun ditahan pada 29 Julai lalu kerana disyaki menyertai perhimpunan mempunyai unsur LGBT di ibu negara pada hari sama.
Polis dilaporkan berkata, peserta himpunan itu melaungkan…