
KUANTAN: Kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal dijangka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) esok.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pihaknya sudah memanggil saksi, termasuk Kok bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan.
“Dalam masa dua hari, mungkin esok kita akan hantar ke AGC,” katanya pada sidang media di IPK Pahang di sini.
Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata, polis menerima 50 laporan berhubung kenyataan Kok setakat 12 tengah hari semalam.
Berhubung dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang Kuda di Kuantan Jun lalu, Razarudin berkata, pihaknya masih melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan semula kepada AGC.
“Kertas siasatan itu…