Site icon Hot FM

Kertas siasatan pegawai mabuk, tunjuk isyarat lucah dirujuk ke Bukit Aman


Pada 17 Jun lalu, seorang pegawai polis berusia 35 tahun ditahan kerana disyaki memandu melawan arus dalam keadaan mabuk dan menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis di Jalan Cheras.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata pihaknya merujuk kes itu kepada Bahagian Perundangan Bukit Aman untuk tindakan lanjut. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung seorang pegawai polis disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis sudah diserahkan kepada Bukit Aman.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata pihaknya merujuk kes itu kepada Bahagian Perundangan Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan itu dihantar minggu lalu dan kita sedang menunggu maklum balas Bukit Aman.

“Pegawai perundangan akan meneliti siasatan itu sama ada perlu penambahan untuk lengkapkan lagi siasatan atau sebaliknya,” katanya menurut Harian Metro pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Skuad Aman Wanita Taman Bukit Cheras.

Dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version