Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kertas siasatan Taib dibawa keluar hospital sudah dihantar, kata KPN

today10 February 2024

Background


Bekas YDP Sarawak, Taib Mahmud, sedang dirawat di sebuah hospital di KL. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kertas siasatan berkait kejadian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital swasta telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri, semalam.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain memaklumkan siasatan dikelaskan bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Masih menunggu arahan lanjut,” katanya kepada FMT.

Razarudin turut memaklumkan bahawa Taib, yang merupakan ketua menteri Sarawak yang paling lama berkhidmat, sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Polis pada Isnin mengesahkan ia menerima laporan berhubung kejadian Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta, selepas salinan laporan polis tular di media sosial.

Taib dilaporkan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuching, Sarawak.

Razarudin menyangkal dakwaan Taib ‘dilarikan’.

“Tiada istilah dilarikan kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post