
PETALING JAYA: Seorang aktivis perubahan iklim menganggarkan jumlah kerugian dalam bencana banjir baru-baru ini boleh mencecah sekurang-kurangnya RM20 bilion.
Menurutnya, jumlah itu dianggarkan berdasarkan kerosakan isi rumah dan harta persendirian, serta yang dialami perniagaan dan industri, termasuk kemusnahan kedai, gudang dan kilang.
Shaqib Shahril, yang pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan belia terlibat dengan konvensyen perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berkata jumlah kerugian daripada kerosakan isi rumah sahaja mungkin melebihi RM1 bilion.
Katanya, anggaran dibuat berdasarkan penyelidikan bebas prospek kewangan susulan banjir yang dijalankan antara Disember hingga Februari dan data rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyatakan bahawa jumlah tertinggi keluarga dipindahkan di enam negeri adalah…