
PETALING JAYA: Kes penipuan Macau Scam tahun lalu merekodkan kerugian bernilai RM580.88 juta membabitkan 1,585 kes sepanjang tahun lalu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din.
Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan, seramai 9,646 individu ditahan sepanjang tahun lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan itu.
“Penipuan secara panggilan telefon atau Macau Scam bukan sesuatu yang baharu dan polis sentiasa komited untuk membendung kegiatan itu melalui siasatan dan operasi berterusan.
“Namun sindiket yang dikenal pasti turut membabitkan rangkaian di luar negara yang menyukarkan tindakan pembanterasan dilaksanakan secara menyeluruh. Justeru, kita minta masyarakat lebih berwaspada,” katanya menurut laporan…