
KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam perbicaraan rasuah membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan 1MDB telah mengemukakan hujah-hujah setebal 2,500 muka surat di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam utama Najib, Shafee Abdullah berkata disebabkan terlalu banyak bahan bukti yang mereka tidak dibenarkan untuk berkompromi, penghujahan terperinci adalah penting bagi menegaskan fakta-fakta mengapa mahkamah perlu menimbangkan hujah mereka secara menyeluruh.
“Ini bagi menunjukkan bahawa pertuduhan itu cacat terutama berkaitan empat pertuduhan pokok.
“Pertuduhan itu mengalami kecacatan, umpamanya dari segi kepelbagaian dan ‘duplicity’, yang membawa kepada kekaburan,” kata Muhammad Shafee sebelum memulakan penghujahannya di hadapan Hakim Collin Lawrence…