PUTRAJAYA: Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1%, iaitu 1,389 kes berbanding 1,147 kes pada 2022, kata Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin.
Dalam kenyataan sempena penerbitan Statistik Kanak-kanak Malaysia 2024, beliau berkata, kesalahan amang seksual bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak masing-masing merekodkan 91 kes serta 67 kes tahun lalu.
Bagi kanak-kanak terbabit jenayah, jumlah kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada polis meningkat 26.5% tahun lalu kepada 1,567 kes berbanding 1,239 kes pada 2022.
“Daripada perspektif perlindungan kanak-kanak, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan yang direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2023 meningkat 26.1% kepada 8,536…