Panel tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan kerani itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membebaskan Sam Ke Ting dalam kes basikal lajak.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Hadhariah Syed Ismail sebulat suara membenarkan rayuan kerani itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Panel turut dianggotai Hakim Hashim Hamzah dan Azman Abdullah.
Mahkamah menegaskan bahawa tuduhan terhadap Sam adalah cacat.
Pada 13 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Sam atas kesalahan memandu dengan cuai atau secara bahaya, menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak di bandar itu pada 2017.
Dia juga didenda RM6,000, atau enam bulan penjara jika ingkar.
Pada akhir rayuannya di Mahkamah Tinggi, Sam diperintah mula menjalani hukuman penjara sejurus selepas permohonannya untuk diikat…