
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang tukang cat, yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh adiknya atas alasan tidak sempurna akal, membela diri.
Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Hadhariah Syed Ismail berkata, hakim perbicaraan terkhilaf apabila membebaskan Lim Poh Teck, 52, kerana pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Mahkamah juga memutuskan bahawa pembebasan tertuduh atas alasan tidak sempurna akal dibuat secara pramatang.
“Pembelaan tidak sempurna akal dari segi undang-undang hanya boleh ditentukan selepas penutupan kes pembelaan,” kata Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim See Mee Chun dan Azmi Ariffin.
Mahkamah turut memerintahkan hakim yang sama mendengar pembelaan, serta mengarahkan Lim ditahan reman di penjara.
Lim ditahan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong di Hospital…