HULU SELANGOR: Polis hari ini menemukan telefon pintar dalam operasi mencari bahan bukti dalam kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik polis menemukan telefon pintar itu pada 12.21 tengah hari selepas menjalankan operasi kira-kira sejam.
Terdahulu, polis dan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 9.50 pagi untuk memulakan proses mengenal pasti beberapa bahan bukti.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dibantu oleh Bomba Sukarelawan Felda Gedangsa dilihat mengepam sedikit air parit terbabit sebelum unit sub akuatik polis memulakan pencarian dalam air.
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut dibawa ke lokasi kejadian lagi…