
TAWAU: Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Nazmie Aizzat Narul Azwan, atau Ijat memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia menampar muka, memukul bahu, menendang dan memijak pinggang mangsa di bilik asrama 5 Belian.
Saksi pembelaan ketujuh itu berkata tindakannya adalah bagi mendapatkan jawapan daripada mangsa berhubung kes kecurian yang dilaporkan oleh dua pelajar iaitu tertuduh pertama dan seorang pelajar yang tidak dikenali.
“Sewaktu saya masuk ke bilik 5 Belian, saya nampak mangsa di tengah bilik duduk di lantai… ramai yang mengerumuni mangsa, saya kemudian menyuruh mereka keluar dari bilik untuk bersendirian dengan mangsa, selepas semua keluar saya kemudian bertanya sama ada perkara itu benar atau tidak.
“Saya suruh dia berdiri dan menjawab pertanyaan saya, waktu…