
TAWAU: Tertuduh ke-10 dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, hari ini, memberitahu Mahkamah Tinggi dia ada melihat mangsa sedang dimarahi dan ditolak ketika berada di bilik asrama 5 Belian.
Bagaimanapun, beliau yang juga saksi pembelaan ke-12 berkata dia tidak dapat memastikan siapa pelajar terlibat, kerana keadaan bilik asrama yang gelap pada malam tersebut.
“Di bilik itu, saya juga ada cuba untuk menepis mangsa di bahagian bahu tapi tidak kena,” katanya dalam pernyataan saksi bagi perbicaraan kes berkenaan di hadapan Hakim Duncan Sikodol.
Pada 28 Feb, Duncan memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Nazmie Aizzat atau Ijat, di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9…