TAWAU: Seorang warden asrama Kolej Vokasional Lahad Datu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau melihat pelajar kolej itu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, tidak sedarkan diri dalam bilik di asramanya.
Muhammad Nuhrullah Aminuddin, 30, yang merupakan saksi pendakwaan kedua berkata tertuduh kedua dalam kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, datang ke rumahnya di kolej itu pada pukul 6.35 pagi, 22 Mac lepas memaklumkan mangsa mengalami sawan.
“Saya kemudiannya bergegas dari rumah saya yang tidak jauh dari asrama pelajar lelaki ke tempat pelajar tersebut yang berada di Bilik Asrama 7 Belian.
“Sampai sahaja di bilik tersebut saya melihat si mati baring atas tilam dalam keadaan tidak sedarkan diri. Saya telah membuat pemeriksaan pada hidung, nafas, nadi, dan dada tidak memberikan reaksi,” katanya dalam pernyataan saksinya pada perbicaraan…