Site icon Hot FM

Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis ambil keterangan 28 lagi individu


Anggota Unit Forensik polis tiba di kediaman keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai, petang tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan daripada 28 lagi individu hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 48 individu telah dirakam percakapan setakat ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Terdahulu dilaporkan polis mengambil keterangan 20 individu, tetapi belum cukup untuk mengesan suspek terbabit dalam kematian kanak-kanak itu.

Hussein sebelum ini berkata, 16 keterangan diambil daripada jiran, komuniti dan guru sekolah, manakala bakinya daripada ibu bapa serta saksi.

Dalam pada itu, Pasukan Unit Forensik Kontinjen Selangor dilihat hadir di kediaman keluarga Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai untuk mengambil sampel, lapor Bernama.

Pasukan itu bersama tiga anggota polis berpakaian preman dilihat tiba sekitar 4.20…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version