Site icon Hot FM

Kes ceroboh rumah MB: Kenyataan mohon maaf ‘ketara palsu’, kata PAS


Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata ‘kenyataan media’ kononnya PAS mohon maaf atas tindakan beberapa individu disyaki ceroboh rumah menteri besar adalah palsu.

PETALING JAYA: Satu ‘kenyataan media’ yang dikaitkan dengan PAS, kononnya parti itu memohon maaf atas tindakan beberapa individu disyaki menceroboh kediaman menteri besar Selangor adalah palsu.

“Ketara palsu,” tulis Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pada poster tersebut, kepada FMT.

Terdahulu tersebar di X (dahulunya Twitter) satu ‘kenyataan media PAS Pusat’ lengkap dengan kepala surat kononnya daripada ‘ketua penerangan komunikasi siber’.

Tiga individu direman pada Jumaat lalu selepas disyaki menceroboh kediaman rasmi menteri besar Selangor di Shah Alam.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati mereka bertugas sebagai pengamal media tempatan dan masuk ke kediaman itu dengan alasan untuk menghadiri mesyuarat tetapi tidak mempunyai jemputan rasmi.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version