
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,428 berbanding 2,067 kes kelmarin, manakala sembilan kematian dilaporkan semalam.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,426 kes penularan tempatan dan dua kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,797,437 kes dan 36,262 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,076 kes aktif Covid-19, termasuk 67 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 38 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 94.7% atau 25,650 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 18 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,341 orang atau 5.0% menerima rawatan di hospital.
Seramai 2,673 pesakit…