Site icon Hot FM

Kes dadah: 77 rakyat M’sia ditahan di luar negara


Sindiket menawarkan upah lumayan untuk menyeludup dadah ke luar negara melalui media sosial, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara bermula 2021 hingga November tahun ini atas pelbagai kesalahan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu, 32 individu ditahan kerana menyeludup dadah pada 2021, manakala 17 individu ditangkap bagi kesalahan yang sama pada tahun berikutnya.

Beliau berkata 28 individu pula ditahan kerana terpedaya dan menjadi mangsa keldai dadah di pintu masuk pelbagai negara bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini.

“Kebelakangan ini kes tangkapan rakyat Malaysia di luar negara yang dikaitkan dengan keldai dadah (drug mule) semakin meningkat.

“Sindiket dadah dapat mempengaruhi dan memperalat rakyat Malaysia dengan menawarkan upah yang lumayan antara RM5,000 hingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version