Tular di media sosial sebelum ini kematian Dea Maisarah Bada, 10, didakwa akibat kecuaian pihak hospital.

PETALING JAYA: Kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, kini sedang disiasat pihak berkuasa, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Zaliha di Twitter turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dea Maisarah Bada selain meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarganya.
“Kejadian tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan saya memohon kerjasama semua pihak untuk menghormati privasi keluarga (Dea Maisarah),” katanya.
Terdahulu, kisah Dea Maisarah mendapat perhatian selepas tular video di media sosial memaparkan bapanya, Bada Hussein menceritakan kronologi kematian anaknya pada 9 Julai lalu.
Bada berkata, selepas mendapat panggilan…